Selamat datang ke blog Panduan Langsing Badan! Blog ini disusun khusus untuk orang yang inginkan panduan & tips langsing badan yang percuma, mudah, ringkas atau murah. Dalam blog ini, anda akan dipaparkan dengan teknik langsing badan disertakan tips dan panduan praktikal untuk latihan langsing badan. Kesemua latihan langsing badan boleh dilakukan dirumah atau tempat kediaman anda, tanpa menghabiskan wang untuk produk belum tentu ada hasilnya. Untuk makluman anda, tips & panduan langsing badan dalam blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips langsing badan terbaru untuk kemudahan anda. Selamat langsing badan!

Panduan Langsing Dengan Membina Otot Dada

Dada yang dibina dengan baik akan membuatkan keseluruhun tubuh badan bahagian atas kelihatan menarik semasa memakai kemeja-T atau berada di pantai. Sama ada anda ingin menambah baik kekuatan untuk sukan, membangunkan susuk tubuh badan yang kuat bahagian atas atau hanya buat bahagian dada anda lebih langsing, asas-asas pembinaan otot dada perlu dilakukan sebagai rutin harian anda.

Video dibawah anda akan menyaksikan suatu cara buat latihan langsing dengan bina otot dada yang sungguh mudah dan paling penting sekali berkesan, iaitu 'push-up'! Brandon Carter akan menunjukkan latihan ini anda boleh buat dimana-mana sahaja(rumah, office, kilang, gim atau kawasan lapang) tanpa menggunakan peralatan kerana badan anda akan menjadi beban pemberat. Walau bagaimana pun aspek keselamatan mesti dititikberatkan juga dalam setiap latihan, jadi lakukannya dengan tenang dan hati-hati. Latihan ini perlu diselang-seli 2-3 hari supaya otot anda membesar semasa anda rehat, bukan sewaktu latihan.


No comments:

Post a Comment